Sunday, January 1, 2012

sedih fikir pasal hidup...

aku demam hari nie..tak tahu nak wat macam mane..migrain pun kuat..ubat yang aku makan mcam tak bagi change je untuk kepala aku behenti bedenyut..sabar je la..hari nie..aku tak tahu kenapa aku emosional ckit..aku tak tahu la kenapa aku wase mudah menangis..sedangkan takde apa-apa pon..maybe sebab aku demam kot aku sedih bagai nie..tapi ape yang jelas,aku nk nangis je keje hari nie..sebenarnya aku nie suke berfikir..berfikir mende yang bukan-bukan..sedangkan mende tu tak sepatutnya aku fikir..sebab perkara dah berlalu..

nak tahu tak??disaat aku rindukan kasih syg,sewaktu itulah aku ditnggalkan..sewaktu aku rindukan sebuah pelukan orang tua,semua menjauhkan diri dari aku..aku sepi..tapi aku tak tahu kenape aku harus sedih..untuk menghadapi semua nie..padahal aku harus bersedia ngan sebarang kemungkinan..tapi kelemahan aku kelihatan jelas..aku terlalu fikirkan pemasalahan aku,sampai kadang2 aku sendiri dah tak dpt handle diri aku..aku takut untuk hadapi dunia nie sorang2..kadang2 apabila fikir family wat mcm nie..ak rasa baik aku tak wujud dari dulu lagi..teringat arwah nenek,yang paling banyak memberikan aku kehidupan walau tidak sehebat mana,tidak sesenang mana,aku bahagia..makan sepinggan berdua..suap menyuap..tido sebantal..rindu sangat..tapi aku akui,aku terlalu taksub dengan darah muda yang mengalir dalam badan..ego sebagai cucu..sampai sekarang apabila fikirkan soal tu..aku sifatkan diri aku sebagai kurang ajar dan tak mengenang budi..time die hidup..aku mrah dia..bagi dia nangis..sedih..tapi andainya dia hidup sekarang..aku nk melutut depan dia..dan cium tangan dia..dan nk ckp kat dia..aku sygkan dia sgt2..tak pernah terlintas untuk bencikan dia..tapi semua tu dah berlalu..hampir setahun dia pergi..aku redha walaupun aku masih terkejut untuk menerima pemergiannya..aku redha ketentuan Allah..

soal kebahagiaan aku???
aku tak pernah rasakan semua itu..tidak kira samaada arwah Umie atau ayah aku..bukan niat burukkan Both Of Them..tapi aku dapat rasakan aku terasing dari semua..sebab 2 aku memberontak,susah terima pendapat orang..benci ngan orang ada mak bapak..tapi aku tak pernah mintak pada Allah untuk aku letakan semua ini sebagai 1 beban..susah nk jadi diri aku..tp xsusah membaca cerita aku kan??i hope ure not getting bored to read my story here..
dok ngan Arwah mak aku(Umie),aku ada 3 ayah tiri..2 kejam dan 1 baik..yang baik tu aku panggil Aboh Nasir..dia yang paling banyak pujuk aku time aku nangis masa kecik..masa tu aku ngan kakak aku..Aboh Nasir sayang gile kat aku ngan kak aku..tapi Umie ngan Aboh Nasir terpaksa bercerai kerana Umie tak nak jadi perampas..sebab Aboh Nasir dah ada isteri sebelum kawin ngan Umie..untuk menjaga rumah tangga Aboh Nasir..Umie undur diri..pastu bapak aku ambik kak aku..n semua adik beradik aku..aku sorang sempat nenek aku wat lari..Umie kawin lagi pastu..hidup dah bermula ngan penderitaan sewaktu Umie mula bercerai ngan bapak aku..terumbang ambing aku..aku dicampak mana bumi dipijak..aku xkenal siapa yang bela aku..keluarga mentua Mak saudara aku,ngan pelayan Bar,ngan kawan Umie yang meniaga kat Pasar Payang,ngan Pak Lang,ngan Achik aku,ngan keluarga sebelah Umie,ngan keluarga sebelah bapak aku..banyak sgt yang pahit aku dah telan..huhuhuhuh..aku sentiasa sabar..sebab Allah itu wujud untuk mengetahui nasib HambaNya...

tapi apabila kita dah semakin dewasa..kita cuba untuk merapatkan diri bersama orang tua yang mmg kita inginkan..tp sewaktu aku dah mula merasa kasih sayang Arwah Umie,Umie pergi tingglkan aku buat selama-lamanya..kerana penderitaan terkena buatan orang..aku pasrah untuk jemputan Allah ini..
soal bapak aku..aku tak nak fikirkan sgt..sebab aku tahu..dia umpama jelatang..pokok yang berduri..makin kita pegang,makin sakit tangan kita..mcm tu la bapak aku..makin aku rapat ngan dia..dia terus jauhkan diri dari aku..nk tengok muke aku pon pernah die cakap dia benci..tap aku faham..aku sebagai anak lelaki..dan harus bersedia untuk menghadapi kebencian dia..sampai sekarang aku dapat rasakan kedua2 ibu bapa aku dah pergi tinggalkan aku..dan dah tak wujud dah..sebab kat mana pun aku tinggal..aku tak pernah dihubungi oleh keluarga aku..

sakit atau tidak..mati ke hidup ke..apa yang terjadi pada aku..Aboh aku tetap bahagia dengan keluarga barunya..aku nie anak ke 5 dari 5 beradik,bongsu ngan Arwah Umie..tapi ngan Mama baru aku dpt lagi 4 adik..ada gelaran berpangkal Abang la utk aku..sekurangnya penghormatan itu ada untuk aku..aku xralat kalau hak aku dapat kat adik2 aku..dan aku dah tutup pintu hati aku untuk menerima Aboh seadanya...sebab cukup menyakitkan..untuk aku kenang dia sebagai seorang Ayah..aku kena akur serta hormati dia sebagai Ayah..tapi untuk aku membuka hati aku untuk menerima dia seperti mana anak2 atau adi beradik aku..aku tak boleh..ikhlas dari aku..anak mana yang tak sayang ayah dia??aku rindukan pelukan dan ciuman dia dari aku kecik dulu..tapi sampai sekarang..Aboh malu untuk buat semua itu..dan aku jugak segan bila bersama ngan Aboh..sebab bagi aku,Aboh adalah kerajaan dan aku Ketua Pembangkang..aku menentang semua keinginan dan kemahuan Aboh..dulu aku tak nak kurang ajar ngan Aboh..tapi semenjak Aboh gelarkan aku ngan panggilan PONDAN,KAK JIE dan sebagainya..aku terpaksa untuk bukak mulut..aku dok dalam bilik Aboh cakap aku main make Up,baca buku,Aboh cakap aku tulis diari..berjiwang..tapi aku tak tahu la nk ckp pe..walau ape pon sebagai anak aku kene mengalah..ape yang aku buat,semua tak betul dimata Aboh..tak pernah sekali Aboh buat aku mcm die buat kat adik beradik aku..aku pasrah la..

maybe aku jahat dimata Aboh..tapi aku belum lagi memuktamadkan bahawa dia bukan Ayah aku..ape yang terjadi,aku masih simpan kasih sayang aku untuk dia..tapi aku tak nak tunjuk sebab,dulu aku pernah tunjuk kasih syang aku kat Aboh..tapi Aboh cakap aku berpura-pura penipu..sayang hanya mulut bukan luhur dari hati..aku dah puas untuk find the best way untuk tarik perhatian Aboh..tapi Aboh tak nampak..Kalau itu yang Aboh cakap..aku jahat..yer aku mengaku..aku  jahat..ingat lagi pesan Arwah Shah salah seorang Abang aku..yang meninggal 12 September 2005 iaitu selepas 8 bulan 16 hari Umie meninggal..dia cakap,aku akan jadi pengganti die..dan aku tak faham apa maksud die masa tu..tapi if tanye sekarang aku tahu kenapa dia cakap macam tu..

aku serahkan semuanya pada Allah..dan aku letakkan semuanya atas kepala aku sebagai masalah yang harus di refreshkan..dan tak perlu la aku fikir sangat..tapi aku ckp je mcm nie..apa pun yang jadi..aku akn fikir balik..aku masih lagi macam nie..aku kena sabar untuk teruskan hidup aku..insya allah..diberi keizinan..aku akan terus meraih kekuatan mencakir secebis kebahagiaan serta kesenangan..terima kasih semua!!alhamdulilah Ya Allah!!!

Monday, December 12, 2011

Penangan Ombak Rindu...


-Best Giler Ceita Nie..Yang Macho Pun Akan Meraung Kesedihan..hhehehhe-
OMBAK RINDU...

Festival Filem Malaysia Ke 25 edisi 2012

Anugerah:
Sinematografi Terbaik-Ombak Rindu
Penataan Seni Terbaik-Ombak Rindu
Lakon Layar Terbaik-Osman Ali(Ombak Rindu)
Cerita Asal Terbaik-Fauziah Ashari(Penulis Novel Ombak Rindu)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-Bront Palare (Ombak Rindu)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik-Azizah Mahzan (Ombak Rindu)
Pelakon Lelaki Terbaik-(aaron aziz bukan orang malaysia,tp mintak ade kelonggaran..)
Pelakon Wanita Terbaik-Maya Karin (Ombak Rindu)
Pengarah Terbaik-Osman Ali (Ombak Rindu)
Filem Terbaik-Ombak Rindu

Lagu Selamat Sultan Negeri Terengganu

Allah Selamatkan Tuanku Sultan,
Terengganu Darul Iman..

Allah Peliharakan Tuanku Sultan,
Sejahtera Sepanjang Zaman..

Allah Rahmatkan Tuanku Sultan,
Memerintah Rakyat Aman..

Sunday, December 11, 2011

satu pengertian...

Hari ini..baru aku tahu..kenapa percintaan itu wujud dalam hati manusia..baru hari nie aku faham,indahnya dalam bercinta..sesungguhnya..
Allah itu merupakan Tuhan yang esa..tiada lagi tuhan yang disembah melainkan Allah..aku bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Agung lagi Maha mengasihini..dia memberikan aku sebuah kehidupan..yang dulu sentiasa penuh duka..kadangkala lara yang terpendam..tapi sebenarnya Allah itu ingin memberikan kita sebuah kegembiraan..tetapi untuk menggapai sebuah kegembiraan..kita sememangnya wajib bersama dengan dugaan dan rintangan..hari ini aku bersyukur..dan aku mohon padamu Ya Allah..semoga keyukuran dan segala nikmat yang kau berikan pada aku..akan terus kekal hingga ke akhir hayat aku..semoga aku sentiasa mengerti erti bersyukur..dengan keranamu..aku disini..keranamu aku sentiasa dilimpahi rezeki yang baik serta kawan dan sahabat yang ramai dan bersedia membantu aku dalam susah dan senang..ya Allah..syukur ke hadrat mu Ya Allah..sehingga ke hari ini nikmat penghidupan yang kau berikan pada aku..masih aku rasakan..syukur ya Allah..alhamdulilah...

Saturday, December 10, 2011

everything about love..

urm..love is a temporary madness. It erupts like an earthquake and then subsides. And when it subsides you have to make a decision. You have to work out whether your roots have become so entwined together that it is inconceivable that you should ever part. Because this is what love is. Love is not breathlessness, it is not excitement, it is not the promulgation of promises of eternal passion. That is just being "in love" which any of us can convince ourselves we are....

Love..Love..Love..hahahah

aku tak tahu kenapa harus ada perasaan nie..sedangkan aku tak mintak..sebab aku masih dibayangi cinta seorang insan yang sangat aku sayangi..Nur Elyana Fazkyrah..sesungguhnya Allah sayangkan dia..dia pergi menghadap Illahi kerana Kanser Darah..kekadangnya aku sukar nak terima..aku terpaksa berlakon untuk menghilangkan rasa duka nie..kehadiran 2 insan ini membuatkan aku keliru..sangat keliru..ntah apa yang harus aku lakukan..aku hanya berserah pada tuhan..semoga dia dapat tentukan yang terbaik untuk hidup aku..